KRISIS TADBIR URUS ZETRIX | MOHAINI MOHD YUSOF & DATUK OTHMAN SEMAIL MELETAK JAWATAN
KRISIS TADBIR URUS ZETRIX AIDua ahli lembaga pengarah Zetrix AI, Mohaini Mohd Yusof, 60 tahun dan Datuk Othman Semail (65 tahun) meninggalkan Zetrix.
Mohaini Mohd Yusof meletakkan jawatan sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (Independent Non-Executive Director atas komitmen peribadi. Datuk Othman Semail meletakkan jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Imbuhan (Remuneration Committee) berkuat kuasa 29 Oktober 2026 tapi masih kekal sebagai ahli lembaga pengarah. Selepas Dstuk Othman meletak jawatan dalam Jawatankuasa Imbuhan, jawatankuasa tersebut tidak ada seorang ahli pun yang tinggal.
▪️Fungsi Jawatankuasa Imbuhan?
- Menilai pakej gaji dan imbuhan pengarah eksekutif
- Meneliti imbuhan pengurusan kanan
- Menyemak bayaran dan manfaat pengarah
- Memberikan cadangan kepada lembaga pengarah berhubung dasar imbuhan
- Memastikan struktur ganjaran pengurusan mempunyai asas dan justifikasi yang sesuai
[√]
Kena ingat, pada 23 Oktober, Zetrix mengumumkan tawaran 788.83 juta opsyen saham melalui ESOS. Penerimanya ialah TS Wong (27.5 juta), Datuk Dr Norraesah Mohamad (10 juta), Datuk Mohd Jimmy Wong Abdullah (10 juta), Wong Kok Chau (10 juta) - berjumlah 57.7 juta.
[√]
Jadi, bila ahli Jawatankuasa Imbuhan (Remuneration Committee) meletak jawatan, siapakah yang akan mengambil alih tugas menilai dan menyemak bayaran dan ganjaran kepada pengarah dan pihak pengurusan syarikat. Ini penting sebab syarikat sebelum ini mengumumkan tawaran 788.83 juta opsyen saham ESOS kepada pengarah dan pekerja. Kekosongan dalam Jawatankuasa Imbuhan perlu diselesaikan.
[√]
Atas peletakan jawatan Mohaini, Zetrix perlu mengisi kekosongan pengarah bebas bukan eksekutif dalam tempoh tiga bula untuk memenuhi keperluan Perenggan 15.02 Main Market Listing Requirements Bursa Malaysia.
Peranan Pengarah bebas bukan eksekutif ialah:
Memberi pandangan bebas terhadap keputusan pengurusan
Memantau kepentingan pemegang saham
Meneliti keputusan lembaga pengarah
Membantu memastikan wujudnya semak dan imbang (checks and balances)
[√]
Perubahan sebelum ini:
23 Oktober - Datuk Dr Norraesah Mohamad beralih daripada pengerusi eksekutif kepada pengerusi bukan eksekutif.
26 Oktober - Wong Kok Chau meletakkan jawatan sebagai pengarah bebas bukan eksekutif.
29 Oktober - Mohaini Mohd Yusof meletakkan jawatan sebagai pengarah bebas bukan eksekutif.
29 Oktober - Datuk Othman Semail meninggalkan Jawatankuasa Imbuhan, tetapi kekal sebagai pengarah menurut penjelasan artikel.
Ini menunjukkan beberapa perubahan berlaku dalam struktur lembaga dan jawatankuasa syarikat dalam tempoh yang singkat.
[√]
Zetrix bukan sedang menghadapi isu perubahan pengarah. Zetrix berdepan beberapa isu serentak:
1. Sukuk RM2 billion (Isu kovenan belum selesai selepas mesyuarat 23 Oktober)
Pegangan TS Wong merosot kepada 1.84%
2. Tunggakan kutipan JPJ RM314 juta yang perlu diselesaikan
3. ESOS - Tawaran 788.883 juta opsyen saham kepada pengarah dan pekerja.
4. Berlaku perubahan dan peletakan jawatan dalam lembaga pengarah
5. Tiada ahli Jawatankuasa Imbuhan (Remuneration Committee) selepas Datuk Othman meletakkan jawatan.
💥 Sekarang Zetrix berdepan dengan tekanan kewangan.
- Siapa yang akan pastikan keputusan pengurusan dipantau secara bbebas
- Siapa yang menilai imbuhan pengarah dan pengurusan?
- Siapa yang kawal risiko syarikat?
- Dan bagaimana BOD membuat keputusan dengan menjaga kepentingan pemegang saham dan pemegang sukuk?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment