Pada 16 Oktober 2026, MARC Ratings telah menurunkan penarafan program sukuk (Program Sukuk Wakalah RM2 billion) Zetrix AI daripada AA- kepada BB+, pada masa yang sama mengekalkan status MARCWatch Negative.
MARC menurunkan penarafan atas sebab:
- Profil kredit Zetrix AI merosot dengan ketara.
- Kedudukan kewangan dan kecairan semakin tertekan. Keupayaan mendapatkan wang tunai untuk memenuhi komitmen pembiayaan menjadi persoalan penting.
- Ketidakpastian tadbir urus dan pemilikan. Pegangan TS Wong merosot sehingga dia tidak lagi menjadi pemegang saham tunggal terbesar.
- Risiko pelanggaran covenant sukuk. Syarat pembiayaan menghendaki TS Wong kekal sebagai pemegang saham terbesar. Isu ini kini memerlukan penyelesaian.
- Sumber pembayaran hutang belum pasti. Cadangan penyenaraian Nasdaq melalui penggabungan dengan syarikat SPAC berpotensi ditangguhkan ke suku pertama 2027.
- Ketidakpastian audit. Pelantikan juruaudit luar baharu menimbulkan persoalan tentang kebolehterimaan nilai perbelanjaan pembangunan yang telah dipermodalkan dalam akaun.
Implikasi kepada Zetrix AI?
1. Penarafan lebih rendah membuatkan jadi sukar. Ini mempengaruhi persepsi pelabur terhadap risiko, kos pembiayaan masa hadapan dan keupayaan syarikat mendapatkan modal. Kesan sebenar bergantung pada keadaan pasaran serta syarat pembiayaan.
2. Risiko covenant kini lebih mendesak. Menurut MARC, Zetrix AI diberi tempoh sehingga 22 Oktober 2026 yang lalu untuk menangani isu pematuhan syarat pemegang saham terbesar. Jika tidak diselesaikan, persetujuan atau arahan pemegang sukuk melalui resolusi luar biasa perlu diminta.
3. Cadangan Nasdaq bukan wang tunai yang sudah tersedia. Jika penyenaraian tertangguh atau tidak selesai, sumber dana yang dijangka membantu pembayaran sukuk mungkin tidak dapat diperoleh mengikut jadual.
4. BB+ bukan bermaksud kemungkiran telah berlaku. Ia menunjukkan penarafan kredit yang jauh lebih lemah berbanding AA−. Status MARCWatch Negative pula menandakan risiko penurunan penarafan selanjutnya masih wujud.

No comments:
Post a Comment