Pages

Jangan Pukul Rata, Ada Yang Tidak Buat Langsung Budaya Maksiat di Dalam Kem

Jangan pukul rata. Ada yang tak buat langsung budaya haram dalam kem. Sesiapa warga seperti dibawah boleh berbangga sebab jaga nama negara, jaga agama dan jaga nama baik batalion.

Jangan buli pegawai bawahan, jangan pukul sesuka hati bila tidak mahu ikut arahan bodoh dan jangan amalkan budaya ragging yang melampau.


 

Akaun "whistle blower" Yang Dedah Parti Tak Senonoh Telah Dibenam

Akaun Tik Tok "whistle blower" yang telah mendedahkan pesta muda mudi parti², happy² atau "yeye" dan "awek yeye" sudah dibenamkan.

Tapi kat aku ada semua posting dia. 😆

Ada orang mesej aku secara peribadi berkata,

"Hari ni ATM tercalar maruah di sebabkan pegawai-pegawai atasan. Percaya la ckp saya, tak ada seorang pun pegawai yang di siasat tentang kes parti tak senonoh ni..."

Tapi mengikut kenyataan yang telah dikeluarkan, isu yang mencalarkan maruah ini akan disiasat dan tidak akan ada kompromi salah laku.

Kita tunggu sahaja apa tindakan seterusnya dari MINDEF.

Isu ini melibatkan "public interest" atau kepentingan awam. Rakyat pun perlu tahu. Jangan selit dibawah karpet sudahlah.