Pages

Hantar ayam, beras dan telur kepada Pakcik Zul

Siapa yang pernah mengikuti kisah Pakcik Zul? Kita pernah bantu Pakcik Zul untuk dapatkan bantuan sewa rumah dari MAWIP yang lulus kurang dari 24 jam. Sebelum ini, Pakcik Zul tinggal bergelandangan ditepi jalan dan tidur dalam kereta selama beberapa bulan.
 Hari ini kita hantar ayam, beras dan ayam untuk Pakcik Zul. InsyaAllah beras cukup untuk mereka suami isteri. Kita hanya hulur bantuan mengikut kemampuan kami. Sama² kita berdoa semoga urusan Pakcik Zul dipermudahkan dari hari ini hingga ke akhirat. Amin. 🤲

120 Pek Makanan Kering Tak Cukup

Minggu lepas semasa kita turun untuk agihkan susu dan lampai pakai buang, kita sempat juga sediakan 120 pack makanan kering. Agak terkejut juga sebab 120 pack makanan kering kita tidak cukup. Ada yang tak dapat. 


👉👉PROJEK KOMUNITI KITA PRIHATIN👈👈

Biasanya kalau kita turun hari biasa kecuali hujung minggu tidak lah terlalu ramai. Tapi syukur juga ketika itu ada NGO lain yang turun agihkan makanan. Jadi mana yang tak dapat dari kita, mereka boleh dapat dari team lain. Bagusnya komuniti disini mereka utamakan kanak-kanak dahulu, barulah orang dewasa.

Itu yang buat aku kagum dengan mereka ini. Apa-apa pun mereka akan dahulukan kanak-kanak dan para ibu.




Siapa Yang Salah Kira, Siapa Yang Salah Tulis?



Tempoh hari, kalau tak silap Rabu lepas, 21 Januari 2026, kita nak hantar susu dan pampers kepada ibu² yang memerlukan. Semuanya dah cukup. Jadi kita buat final check untuk pastikan semua kuantiti susu dan pampers cukup. 

Kira punya kira tiba² baru perasan kenapa pampers saiz XL hanya satu sahaja. Sepatutnya ada 11 pack. Maksudnya kita kekurangan 10 pack pampers saiz XL. Satu pack tu harga dalam 27 ringgit. Kita dah beli air kotak dan roti dari duit lebihan dari sumbangan. Mana nak cekau duit lagi 270 hahaha. Haah sudah.

Kita dah janji nak turun hantar ni tapi pampers tak cukup macam mana? Dah mula bertelagah mencari silapnya di mana. Siapa yang tulis kurang? Siapa yang rekod salah? Bila aku check dari video memang asalnya ditulis di papan putih kita perlukan pampers saiz XL tu 11 pack. Jadi siapa yang padam angka satu di belakang? 

Bila dah ada bukti bertulis akhirnya member yang padam tu mengaku, yang dia tak boleh pusing dah. Aduhh...sakit perut aku ketawa semalam. Dan kebetulan masa kita dok kira² sambil bertelagah tu sedang "live". 

Dalam keadaan kalut tu, depa semua pergi Hero lagi sekali beli pampers. Syukurlah Hero dekat je. Sebelah bangunan ofis. Tiba² ada seorang sahabat Demi Negara masukkan duit 300 untuk beli pampers. Dapatlah kita beli pampers lagi 10 pack. Kalau tidak kita kena kesokkan harinya sebab kena tunggu duit cukup. Tak adalah yang kena potong elaun. 😆 

Terima kasih kepada sahabat² yang menyokong dan memberi sumbangan. Dapatlah kita hantar pampers dan susu serta sedikit makanan kering semalam. 

Mereka menerima dengan gembira dan syukur, kita pun gembira dapat sampaikan amanah.

Sumbangan Susu dan Lampin Pakai Buang

Beberapa hari yang lepas, kita ada memohon sumbangan susu dan lampin pakai buang untuk ibu-ibu yang dalam kategori komuniti terpinggi di Chow Kit. 

Alhamdulillah. Sumbangan untuk susu dan lampin pakai buang sudah pun mencukupi. Jadi, dua hari lepas team kita dah pergi beli semua susu dan pampers mengikut keperluan ibu² komuniti terpinggir. Terima kasih semua insan dan sahabat yang baik hati. 🤲












Masalah Gelandangan Yang Tiada Penghujung

Masalah gelandangan yang tidak ada penghujung...

Baru-baru ni, ada laporan kata masalah gelandangan di Kuala Lumpur dah tahap kritikal.  

Kalau baca mana-mana portal berita, isu ni macam tak ada penyelesaiannya, walaupun dikatakan banyak dah usaha dibuat.

Dalam satu operasi sahaja, DBKL boleh jumpa sampai 400 orang gelandangan.

Yang paling membimbangkan yang lama kembali ke jalanan dan ada juga gelandangan "baharu" yang muncul.

Ini semua menunjukkan masalah ni bukan masalah sementara tapi dah jadi fenomena sosial yang perlu tindakan serius & jangka panjang.

Pertama, kita perlu tahu kenapa ramai menjadi gelandangan? Kita cari "root cause of homelessness". 

Setiap kali kami turun ke jalanan kami dapati mereka datang dari latar belakang yang "berbeza-beza".

1. Pelarian berdaftar

2. Penagih dadah

3. Orang ada masalah kesihatan mental

4. Golongan miskin bandar yang tak mampu bayar sewa

5. Lain-lain

Maksudnya disini cara penyelesaian tidak akan berhasil untuk semua.

Masing-masing ada masalah & keperluan tersendiri.

Usaha tangkap atau pindah mereka ke pusat transit cuma penyelesaian "sementara".

Selepas tu, mereka mungkin balik ke jalanan juga.

Ada yang memerlukan bimbingan kerjaya / latihan kemahiran supaya boleh cari duit sendiri

Ada yang perlukan rawatan kesihatan mental & pemulihan dadah - bukan dihukum, tapi dibantu

Ada yang perlukan sokongan perumahan stabil seperti tempat tinggal yang selamat.

Dan ada yang memerlukan sokongan sosial berterusan, tidak dipulaukan, tapi disantuni.

Jangan hanya tangkap & pindah sebab tu bukan penyelesaian kekal.

Kita perlu bantu ikut keperluan masing-masing, contohnya, penagih dadah perlu rehab, yang mental perlu rawatan, yang miskin perlu bantuan cari kerja & rumah etc.

Nak tangani isu perlu kerjasama dari banyak pihak sebagai kerajaan, NGO, komuniti, dan kita sebagai masyarakat.

Pendekatan jangka panjang perlu ada dengan buat program berterusan tapi perlu "dikemaskini" mengikut keadaan semasa. 

Sebagai masyarakat kita perlu kurangkan stigma terhadap mereka, kita perlu beri kesedaran kepada masyarakat punca sebenar masalah.

Projek Komuniti Kita di Tik Tok

Terima kasih kepada Sahabat² Demi Negara yang mengikuti perkembangan kami di Tik Tok. 

Boleh klik pautan akaun Tik Tok kami disini

Terima kasih juga kepada anda semua yang sentiasa memberi sokongan kepada kami. 

Doakan agar team kami diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan kerja² komuniti dan terus membantu mereka yang memerlukan untuk masa akan datang. Amin. 🤲


Ambil Perhatian Kepada Akaun Tik Tok (tegak.kebenaran) Yang Tularkan Kegiatan Tentera

Kepada pemegang akaun Tik Tok: "tegak.kebenaran" yang telah 
menularkan tentang kegiatan tentera, tolong hantar semua bukti 
tanpa censored muka individu tersebut kepada pemilik akaun threads dibawah. 

Ini untuk membantu siasatan yang seterusnya. 

Ada yang dah hapuskan bukti.
Sesiapa yang hapuskan bukti. Mengikut apa yaang
dinyatakan oleh tuan punya akaun threads dibawah
bukti lain seperti chat serta organizer 
yang mana pegawai menyuruh YO untuk mencari burung. 

Boleh DM terus kepada akaun threads dibawah. 

Jangan DM aku pulak. Aku pun banyak dapat dari TT tegak.kebenaran. 

Ini pautan akaun tuan punya badan https://www.threads.com/@stopyy67



Lenjan "Awek Yeye" dan Berpesta Sakan, Siasatan Awal TUDM 20 Pegawai Terlibat Aktiviti Tidak Bermoral


Siasatan awal mendapati 20 Pegawai TUDM terlibat dalam aktiviti tidak bermoral.

Tak kira TUDM atau TDM tapi semua dibawah MINDEF.
Young Officers jadi kambing hitam. Nak awek yeye petik jari. Nak apa terus dapat. Ada budak suruhan tolong dapatkan. Keluar arahan saja. Tak ikut arahan YO kena bantai.

Ada isteri YO mengadu suami mereka yang balik 3-4 pagi sebab terpaksa goreng french fries, buat nasi goreng untuk mereka yang lenjan awek yeye. Sampai begilir-gilir melenjan awek yeye tu sorang. Memang betul teamwork. 

Tapi, yeah, isu terpencil. Benda biasa. Normal katanya. 

Tak tahulah nak kata apa. Sedih pun ye jugak.

Harap² budaya yang "normal", melanggan perempuan awam sosial ini dan pada masa yang sama membebankan YO dengan kerja yang tak munasabah lupuskan.

Memalukan, menjejaskan reputasi dan kredibiliti badan beruniform.