“Dahlah miskin, pengotor pulak tu.”
Begitulah, kita selalu cepat menilai. Kita anggap miskin itu sama dengan pengotor. Dan kalau pengotor, maka tak layak ditolong. Padahal, tak semua begitu. Ada cerita yang lebih dalam, yang hanya kita faham bila kita sendiri lihat dengan mata dan hati.
Inilah kisah Pakcik Yaakob yang sudah berusia 70 tahun. Kudratnya sudah tiada. Nak urus diri sendiri pun tak mampu. Bilik kecil yang menjadi tempat tinggalnya penuh dengan najis dan air kencing. Dan boleh agak bau usah cakaplah… suasana itu cukup buat hati kita luluh.
Jangankan Abang Aidil, aku sendiri hampir menangis melihat keadaan itu walaupun aku tiada di lapangan. Yang ada sekali ialah Che Shahanizam dengan Faridh Khair.
Bayangkan, seorang warga emas hidup sebegitu, seorang diri, tanpa siapa-siapa yang benar-benar boleh menjaga.
Kami mengambil tanggungjawab untuk menjaga Pakcik Yaakob selama 3 atau 4 bulan sementara kami selesaikan masalah Pakcik Yaakob. Rumah rumah orang tua di sekitar Kuala Lumpur setakat ini tiada kekosongan.
Dan tempoh hari kita tak tunggu. Team kami tolong bersihkan bilik Pakcik Yaakob. Tilam lama yang penuh kotoran dibuang. Sampah pun team kami buang. Bilik dicuci sebersih mungkin. Pakcik Yaakob sendiri dimandikan, dipakaikan baju bersih, dipotong kuku, dan diuruskan sebaik-baiknya. Wak Mito Endy, Ace Sha, Mohamad Izwan & Eddy.
Hasil sumbangan Sahabat Demi Negara, kita belikan tilam baru, sarung kalis air, kain pelikat, dan keperluan lain untuk beliau. Terima kasih kepada Sahabat Demi Negara.
Kadang-kadang kita lupa bukan semua orang yang hidup susah itu malas, bukan semua yang tinggal dalam kotor itu tak peduli. Ada yang benar-benar tak berdaya, cuma menunggu tangan yang sudi menghulur bantuan.
Semoga kisah Pakcik Yaakob ini jadi pengajaran buat kita semua: jangan cepat menilai, jangan cepat menghukum. Kadang-kadang, di sebalik kekurangan seseorang, tersimpan cerita yang mampu buat hati kita tersentuh dan insaf.
Kita kena bersyukur yang nasib kita tidak semalang mereka.
Doakan moga urusan Pakcik Yaakob dipermudahkan, dan semoga kita semua terus diberi kekuatan untuk membantu mereka yang memerlukan. 🤲
Post asal tentang Pakcik Yaacob di sini:-
https://www.facebook.com/share/p/1699QS1DV7/
Lembaran Diari Komuniti
Siti Zulaikha Olivia
28 Ogos 2025












