Pages

Mereka Tak Akan Pernah Lupa, Kita Tak Pernah Berhenti

Komuniti Terpinggir yang pernah kita bantu, tak pernah lupakan team kita. 

Setiap kali kita call bertanya khabar mesti mereka akan ucap terima kasih. Ada yang beritahu kita perkembangan hidup mereka. Ada yang pernah diberi modal perniagaan kongsi kejayaan kecil mereka. Ada yang dah dapat bantuan dari zakat atau baitulmal hidup mereka lebih baik. Lebih terurus. Boleh bekerja.

Apa kepuasan yang kita dapat?

Kita rasa puas dan gembira bila orang yang kita pernah tolong hidup mereka jadi lebih baik.  
Aktivis² (bukan kami) yang banyak buat kerja dengan Komuniti Terpinggir juga takkan akan bersetuju dengan cara dan layanan hina terhadap komuniti ini. Sebab para aktivis ni pun tahu kenapa ramainya dari mereka menjadi gelandangan. Hidup tanpa tujuan. 

Mereka bertanya, bercerita, mendengar luahan komuniti ini. Bukan hanya sekadar memberi makanan kepada beberapa orang dan kita terus hukum kata mereka ni malas dan tak layak dibantu. 

Itu belum lagi berdepan dengan OKU. 

Berdoalah supaya suatu hari nanti kita tidak akan menjadi sebahagian dari gelandangan dan Komuniti Terpinggir. Yang sentiasa berdepan dengan stigma masyarakat. Tidak dihina oleh masyarakat. Tak dilabel sebagai malas, penagih dadah, atau beban sosial, yang membawa kepada diskriminasi dan pengabaian.

📸 Masjid Jamek, Jelajah Lorong 3, 2025

Lumrah Manusia

Lumrah manusia... 

Apabila ditimpa kesusahan dia sangat resah gelisah. 

Bantu bila diperlukan. 

Berhenti jika tidak diperlukan. 

Kita bukan orang baik. Tapi hanya Allah Yang tahu niat kita. 

Setiap dari apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya. 

Allah mahu kita sedar lebih ramai yang perlu dibantu. 

Stop and keep moving forward. 

Kebaikan yang kita tabur tidak hanya akan kembali kepada kita, tetapi juga akan mengubah keadaan kita menjadi lebih baik. 🩷


https://www.facebook.com/share/p/1BnJVhckFE/

Asal usul tidak menentukan langkah

Separuh dari team Demi Negara adalah dari asnaf, miskin bandar dan komuniti terpinggir.

Mereka faham bagaimana rasanya hidup terpinggir di jalanan, tak berduit, dipandang rendah dan disisih oleh masyarakat. 

Kemudian dikata malas sebab tu miskin dan tak maju dalam kehidupan.

Ketahuilah, setiap mereka yang hidup terpinggir punya kisah tersendiri. Jangan kita memandang hina. 

Melalui Projek Komuniti Kita, mereka bukan sekadar membantu tetapi membuktikan bahawa setiap dari kita, walau dari mana pun asalnya, mampu bangkit semula jika kita "jatuh" dan memberi makna kepada perjuangan demi masyarakat. 

📸 Jelajah Lorong 4, 2025

Sepi seorang tua di bilik kecil, Pakcik Yaakob, 70 tahun

‎Pernah tak bila kita nampak keadaan rumah atau bilik orang lain yang kotor, mulut kita terus ringan nak mengata?


‎“Dahlah miskin, pengotor pulak tu.”

‎Begitulah, kita selalu cepat menilai. Kita anggap miskin itu sama dengan pengotor. Dan kalau pengotor, maka tak layak ditolong. Padahal, tak semua begitu. Ada cerita yang lebih dalam, yang hanya kita faham bila kita sendiri lihat dengan mata dan hati.

‎Inilah kisah Pakcik Yaakob yang sudah berusia 70 tahun. Kudratnya sudah tiada. Nak urus diri sendiri pun tak mampu. Bilik kecil yang menjadi tempat tinggalnya penuh dengan najis dan air kencing. Dan boleh agak bau usah cakaplah… suasana itu cukup buat hati kita luluh.

‎Jangankan Abang Aidil, aku sendiri hampir menangis melihat keadaan itu walaupun aku tiada di lapangan. Yang ada sekali ialah Che Shahanizam dengan Faridh Khair.

Bayangkan, seorang warga emas hidup sebegitu, seorang diri, tanpa siapa-siapa yang benar-benar boleh menjaga.

Kami telah dimaklumkan bahawa isu Pakcik Yakob ini disampaikan kepada pihak JKM tetapi tiada respons dari JKM. Tempoh hari team kami cuba menghubungi pihak JKM tapi masih belum berjaya.

Kami mengambil tanggungjawab untuk menjaga Pakcik Yaakob selama 3 atau 4 bulan sementara kami selesaikan masalah Pakcik Yaakob. Rumah rumah orang tua di sekitar Kuala Lumpur setakat ini tiada kekosongan.

‎Dan tempoh hari kita tak tunggu. Team kami tolong bersihkan bilik Pakcik Yaakob. Tilam lama yang penuh kotoran dibuang. Sampah pun team kami buang. Bilik dicuci sebersih mungkin. Pakcik Yaakob sendiri dimandikan, dipakaikan baju bersih, dipotong kuku, dan diuruskan sebaik-baiknya. Wak Mito Endy, Ace Sha, Mohamad Izwan & Eddy.

‎Hasil sumbangan Sahabat Demi Negara, kita belikan tilam baru, sarung kalis air, kain pelikat, dan keperluan lain untuk beliau. Terima kasih kepada Sahabat Demi Negara.

‎Kadang-kadang kita lupa bukan semua orang yang hidup susah itu malas, bukan semua yang tinggal dalam kotor itu tak peduli. Ada yang benar-benar tak berdaya, cuma menunggu tangan yang sudi menghulur bantuan.

‎Semoga kisah Pakcik Yaakob ini jadi pengajaran buat kita semua: jangan cepat menilai, jangan cepat menghukum. Kadang-kadang, di sebalik kekurangan seseorang, tersimpan cerita yang mampu buat hati kita tersentuh dan insaf.

Kita kena bersyukur yang nasib kita tidak semalang mereka.

‎Doakan moga urusan Pakcik Yaakob dipermudahkan, dan semoga kita semua terus diberi kekuatan untuk membantu mereka yang memerlukan. 🤲

Post asal tentang Pakcik Yaacob di sini:-
https://www.facebook.com/share/p/1699QS1DV7/

Lembaran Diari Komuniti
Siti Zulaikha Olivia
28 Ogos 2025

Bila sekolah bukan lagi pilihan

Semasa aku teman suami makan tengah malam tadi aku ternampak sekumpulan budak-budak yang aku agak lebih kurang sebaya atau tua setahun dua dari Hanif melepak di meja seberang meja kami.

Tiba-tiba suami aku kata, "Budak-budak ni lebih kurang baya Hanif. Ada seorang tu umur sama dengan Hanif, sepatutnya Tingkatan 5 tapi dah tak bersekolah. Budak ni tinggal tak jauh dari rumah blok kita je..."

Aku pun macam oohh... Bukan aku kenal pun. Aku memang tak beberapa kenal orang area rumah aku. Orang kenal aku sebagai menantu Nenek/Mak Cik Milah. Tapi aku tak kenal orang. Sebab dari dulu aku jenis keluar pagi balik malam.

Kemudian aku tanya suami aku, "Kenapa dia tak sekolah??" Soalan aku pun kan. Suami aku kata, "Tak tahulah..."

"Dah tu kalau umur sebaya Hanif dia kerja sebagai apa kalau tak sekolah?"

Laki aku pun jawab, "Entah...."

Aku jadi kesian dan rasa sayangnya umur muda ada peluang bersekolah tapi tak sekolah. Tengah malam keluar melepak di kedai mamak sampai pagi. Keesokkan harinya bangun lambat, dan begitulah seterusnya.

Tapi, kita tak boleh salahkan anak ini dan tak boleh juga salahkan keluarga dia. Ada banyak faktor yang menjadi penyebab kenapa ada anak-anak miskin bandar tidak bersekolah.

Kawasan rumah aku ni kawasan flat. Tengok anak-anak umur 8-12 tahun merayap tengah malam itu biasa. Anak jiran atas rumah aku umur bawah dari Hanif pun dah bawak motorsikal tanpa lesen ke sana ke sini. Masa umur 9 - 11 tahun aku selalu jumpa anak ini naik basikal pukul satu dua pagi. Ada yang sebaya Hadif pun dah mula melepak di kedai mamak dengan kawan-kawan.

Point aku kat sini, bila anak-anak miskin bandar tercicir dari persekolahan, banyak masa mereka akan terbuang dengan begitu saja tanpa hala tuju. Lagi lama mereka melepak, lagi jauh peluang untuk anak-anak ini kembali ke sekolah. Mereka akan hilang motivasi dan lebih suka gaya hidup lepak daripada ke sekolah.

Bila tak bersekolah, anak-anak ini akan isi aktiviti yang murah dan senang. Kedai mamak akan jadi tempat berkumpul sebab makanan seperti roti canai dan air yang murah. Dan mereka rasa ada komuniti bila berkawan sesama mereka.

....dan akhirnya membentuk kitaran kemiskinan dan masalah sosial bandar. Tidak ada siapa yang patut dipersalahkan secara individu, sebab isu ini adalah masalah struktur & sosial.

Ini adalah hasil gabungan faktor: kemiskinan, jurang bandar, tekanan keluarga, sistem pendidikan, dan persekitaran sosial.

Lembaran Diari Kemiskinan 
Siti Zulaikha Olivia
25 Ogos 2025

Breaking the Cycle of Poverty (Hapuskan Kitaran Kemiskinan)

Hadif & friends beberapa tahun yang lalu

Early Childhood Education, Pendidikan Awal Kanak-kanak
(ECE) merujuk kepada pendidikan formal dan tidak formal yang diberikan kepada kanak-kanak berumur dari lahir hingga 6 tahun (sebelum masuk sekolah rendah).

Contohnya:

  • Taska / Nursery = pendidikan dan penjagaan untuk bayi hingga 4 tahun.
  • Tadika / Preschool = pendidikan awal untuk kanak-kanak umur 4 hingga 6 tahun.

ECE ialah pendidikan penting yang fokus pada tahun-tahun awal kehidupan (0–6 tahun) kerana masa inilah otak kanak-kanak berkembang paling pesat. Pengalaman awal mereka sangat mempengaruhi masa depan akademik, sosial, dan ekonomi.

Anak orang miskin kurang masuk ECE bukan kerana mereka tak mahu belajar, tetapi kerana faktor kos, akses, dan kesedaran. Kalau halangan ini dihapuskan, lebih ramai anak orang miskin boleh keluar daripada kitaran kemiskinan melalui pendidikan awal.

Terdapat kajian bagaimana setiap pelaburan $1 dalam pendidikan awal kanak-kanak (ECE) boleh memberikan pulangan lebih $17 kepada masyarakat.

Kajian ini adalah kajian jangka panjang ke atas kanak-kanak miskin yang mengikuti program prasekolah berkualiti.

Hasil selepas lebih 40 tahun ialah kanak-kanak miskin sebelum ini:

  • Lebih berjaya akademik (tamat sekolah menengah lebih ramai).
  • Pendapatan lebih tinggi bila dewasa.
  • Kurang jenayah (kurang kos penjara & polis).
  • Kesihatan lebih baik.

Kenapa ROI Sangat Tinggi?

  1. Sebab menjimatkan kos sosial, kurang bergantung kepada bantuan kerajaan, kurang jenayah, kurang kos kesihatan.
  2. Menjana cukai & ekonomi dimana mereka mendapat kerja lebih baik, gaji lebih tinggi, bayar lebih banyak cukai.
  3. Kesan antara generasi anak-anak mereka juga berjaya tamatkan persekolahan, tidak keciciran, peluang kehidupan dan kerja lebih baik dan mengurangkan kitaran kemiskinan (cycle of poverty)

Program ECE untuk orang miskin ialah pelaburan sosial paling berbaloi kerana ia bukan sahaja bantu anak kecil, tetapi juga ubah masa depan keluarga, komuniti, dan negara.

Sebab itu kerajaan mesti bantu keluarga yang hidup dalam kemiskinan kerana, mereka yang paling berisiko tercicir. Bila dapat pendidikan awal mereka boleh bersaing secara adil dengan rakan yang sama umur. Bila dewasa, mereka akan mampu berdikari dan tidak bergantung sepenuhnya dengan bantuan kerajaan. Statistik menunjukkan kemiskinan ada kaitan dengan kadar jenayah, kesihatan mental dan masalah sosial yang lain. Bila ada pendidikan awal, disiplin, kemahiran sosial dan keyakinan diri boleh dibina. Secara automatik kadar jenayah, mental tidak sihat dan masalah sosial akan berkurangan.

Dan bila mereka berjaya, ada kesedaran tentang betapa pentingnya pendidikan mereka boleh memberi kehidupan lebih baik dan pendidikan yang lebih bagus kepada anak-anak mereka pula. Dan anak-anak mereka pun akan ada kehidupan yang lebih baik dan lebih berjaya.

Makanya, disini “the cycle of poverty will be broken.”

(kitaran kemiskinan akan terhapus)

Lembaran Diari Kemiskinan
Siti Zulaikha Olivia
24 Ogos 2025 

Apa guna beras kalau masalah tidak selesai

 Ada satu kes yang kami bantu.

Sebuah keluarga miskin, mempunyai tiga orang anak kalau saya tidak silapSudah dua bulan mereka mengalami masalah kekurangan (putusmakanan. Anak-anak pula, ada hari ke sekolahada hari tidak hadir kerana ketiadaan wang.

Keluarga ini meminta pertolongan. Kami beri duit (sumbangan dari sahabat Demi Negara) untuk membeli keperluan asas. Kami juga bayarkan tunggakan bil elektrik dan hubungi pihak TNB untuk menyambung semula bekalan yang telah dipotong.

Dalam masa yang sama, kami hubungi ADUN kawasan yang berdekatan. Kami maklumkan tentang situasi keluarga ini serta bentuk bantuan yang diperlukan. Bagus, ADUN turun padang dan datang membuat lawatan. Mereka bawa beras, minyak, gula dan barang asas lain. Tetapi sayangnya, tidak menyelesaikan isu sebenar.

Masalah utama keluarga ini adalah “kekangan kewangan”. Mereka perlukan “bantuan tunai bulanan” untuk membolehkan anak-anak terus ke sekolah dan menampung kos hidup asas.

Kemudian, ADUN datang lagi membawa beras, minyak, sardin, gula, dan sebagainya.

Bayangkan jika keluarga ini menolak bantuan tersebutApa yang akan kita kata? “Tak tahu bersyukur”, “dah susah pun sombong”, “elok tak payah bantu”. Stigma sebegini sering berlaku.

Isunya di sini:

Keluarga ini tidak perlukan beras, gula atau minyak setiap mingguApa yang mereka perlukan ialah penyelesaian jangka panjangBantuan barangan keperluan tidak akan menyelesaikan masalah sebenar mereka.

Keluarga ini perlukan bantuan jangka panjang sehingga kehidupan mereka bertambah baikTetapi pejabat ADUN tiada peruntukan untuk menyara sesebuah keluarga selama setahun. Kami pun sama.

Jadi, siapa yang ada peruntukan?

Pihak yang sepatutnya adalah Lembaga Zakat, Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bantuan yang kami dan pihak ADUN beri hanyalah bersifat sementaraSebab itupenting untuk kami rujuk dan hubungkan mereka dengan agensi yang berkaitan.

Kerana walaupun kita turun 100 kali membawa beras, gula, kicap dan sebagainyamasalah mereka tetap tidak akan selesaiMasalah utama mereka adalah kekurangan wang bukan kekurangan beras.

Pihak ADUN ini dah kena maki dalam live, esoknya baru turun buat perkara yang sepatutnyaKadang-kadang jangan pelik kalau ADUN pun tak tahu apa jenis bantuan dibawah Zakat, Baitulmal dan JKM.

Keluarga ini bukan perlukan beras setiap mingguMereka perlukan penyelesaianKalau kita masih fikir sekadar hulur beras itu sudah cukupkitalah sebenarnya yang menzalimi mereka.”

Lembaran Diari Komuniti
Siti Zulaikha Olivia
24 Ogos 2025

Jangan memandang rendah tentang kemiskinan

Dulu,

Mula-mula aku tak faham sangat tentang kemiskinan. Ya, dulu pun aku masa kecik hidup miskin. Tinggal di kampung dengan nenek. Bab akademik dan sukan aku tak ada masalah. Sebab itu tinggal di asrama. Nenek aku pun bukannya ada duit untuk kami dua beradik ulang alik sekolah setiap hari.

Sekarang, bila aku dah banyak belajar, turun padang melawat dan memerhati, pada masa yang sama buat research aku faham, kemiskinan itu satu masalah besar. Kemiskinan mempengaruhi cara kita berfikir. Kemiskinan bukan masalah ekonomi semata-mata, ia akan membentuk cara kita berfikir dan membuat keputusan.

Kemiskinan cenderung diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain (cycle of poverty) sebab orang yang hidup dalam kemiskinan ni kurang akses ke sekolah atau pun terpaksa berhenti sekolah awal untuk membantu keluarga terutamanya bila dah mencapai umur belasan tahun. Pada masa yang sama mereka kurang kesedaran tentang betapa pentingnya pendidikan.

Kemiskinan menyebabkan kekurangan zat makanan. penjagaan kesihatan yang tidak mencukupi dan perkembangan kognitif anak pun boleh terjejas.

Orang miskin kurang ada network dari segi sosial dan modal untuk masuk ke bidang pekerjaan atau perniagaan yang lebih menguntungkan. Bukan kerana malas.

Anak-anak yang membesar dalam persekitaran dimana kemiskinan dianggap biasa tidak akan mempunyai aspirasi untuk keluar dari kemiskinan.

Ketahuilah, hidup dalam kemiskinan memaksa kita fokus kepada jangka pendek. Sebab orang miskin ini hari kerja, dapat duit, hari ni habis. Ramai orang yang hidup dalam kemiskinan bekerja keras kekadang lebih sari satu kerja tapi gaji tidak mencukupi untuk keluar dari kemiskinan.

Tapi, "cycle of poverty" ini boleh diputuskan dengan pendidikan yang berkualiti, akses kesihatan, program bantuan sosial yang berkesan, perubahan mindset dan sokongan komuniti.

Kalau kita selalu memandang rendah kepada kemiskinan ini dah tiba masanya untuk kita berubah. Ubah cara kita berfikir. Kalau kita kaya hidup senang tapi kita memandang rendah terhadap orang lain yang tidak bernasib baik, maka tak ada beza pun kita dengan orang yang hidup dalam kemiskinan.

Lembaran Diari Komuniti
Siti Zulaikha Olivia
23 Ogos 2025

Himpunan Bersolidariti 1000 Pencarum di depan Perkarangan Jabatan Perdana Menteri

21 Ogos 2025, Khamis, Putrajaya:-

Kami di Demi Negara turun menyokong Himpunan Bersolidariti 1000 Pencarum KWSP di Perkarangan Jabatan Perdana Menteri.

Sedih dengar cerita mereka. Siapa sebenarnya mereka ini??

  • Golongan 40-an & 50-an yang hilang kerja semasa pandemik sukar cari kerja baru, baki KWSP jadi satu-satunya harapan.
  • M40 jatuh ke B40 dulu stabil, sekarang bergelut bayar rumah & kereta. Ada yang T20 kini dah jatuh dan berhutang keliling pinggang.
  • Pekerja sektor informal / gig caruman tak konsisten, dana kecil, tapi tetap perlukan akses segera.

Kos sara hidup naik mendadak. Ada yang pernah gaji sehingga 5 angka tapi selepas dibuang kerja semasa pandemik nak minta kerja jadi tukang pam minyak pun susah.

Hutang isi rumah tinggi, kereta kena tarik, rumah tergadai sebab gagal bayar ansuran. Nak makan pun struggle.

Sumber simpanan lain tiada. Ramai hanya bergantung pada KWSP sebagai “lifeline” terakhir.

Ada yang sakit. Ada yang pernah nak b#n#h diri, ada yang sudah pergi mengadap Ilahi.

Walaupun KWSP asalnya untuk hari tua, hakikatnya kalau sekarang pun hidup terhimpit, simpanan masa depan jadi tak bermakna.

Orang yang tak pernah susah takkan faham, boleh saja berkata-kata. Mereka akan sedar setelah diri sendiri terhantuk.




Salah seorang pencarum yang datang,
orang Iban dari Serian Sarawak

Lembaran Diari Demi Negara
Siti Zulaikha Olivia
21 Ogos 2025

Ibu muda di persimpangan hidup

Untuk wanita yang masih muda, sepatutnya inilah waktu untuk mengejar cita-cita dan membina kehidupan.

Tapi ada wanita yang takdirnya diuji terlalu awal. Menjadi seorang ibu tunggal, keluar dari rumah keluarga kerana terpaksa.

Tanpa rumah sendiri, hidupnya berpindah-randah bersama anak kecil berumur 8 bulan. Tidak pernah bekerja. Tidak tahu ke mana arah. Masa depan pun masih samar². 

Setiap kali ada kes begini selepas buat lawatan aku akan terfikir-fikir. Macam mana kita nak uruskan. Apa pilihan yang kita ada. Tidak semua kes kita boleh terus rujuk kepada pihak Zakat dan JKM.

Kes Ibu tunggal kali ini kami rasa agak rumit. Ada beberapa perkara yang kita perlu selesaikan. Perlu diteliti satu persatu. Aku rasa sedih. Rasa simpati. 

Sebelum meninggalkan Anjung Singgah tadi, aku sempat berpesan kepadanya:

"Jaga diri baik-baik… jaga anak sebaik mungkin. Apa-apa pun, ingatlah anak..." ibu muda yang aku temui itu hanya mengangguk perlahan. Matanya berkaca, wajahnya jelas menyimpan seribu rasa.
‎Aku tahu, di sebalik senyuman nipis itu ada rahsia hati dia cuba sembunyikan. 

InsyaAllah kita akan cuba cari jalan penyelesaian yang terbaik. Semoga Allah terus pelihara mereka berdua. 

𝑳𝒆𝒎𝒃𝒂𝒓𝒂𝒏 𝑫𝒊𝒂𝒓𝒊 𝑲𝒐𝒎𝒖𝒏𝒊𝒕𝒊
Siti Zulaikha Olivia
18 Ogos 2025

Najib Razak, keluar penjara sebagai calon Perdana Menteri?

Jika DS Najib Razak keluar dari penjara adakah beliau patut jadi NEXT PM?

Aku dah jawab soalan ni banyak kali. Dan even dalam podcast pun aku dah cakap. 

Tidak kira betapa teruknya Perdana Menteri yang kita ada, aku 𝑻𝑰𝑫𝑨𝑲 𝑴𝑨𝑯𝑼 DS Najib Razak menjadi Perdana Menteri sekali lagi. 

Cukuplah jasa beliau kepada rakyat Malaysia selama sembilan tahun. Cukuplah, hinaan dan tohmahan beliau terima selama beliau menjadi Perdana Menteri.

Realitinya, rakyat Malaysia 𝑻𝑰𝑫𝑨𝑲 𝑳𝑨𝒀𝑨𝑲 dapat Perdana Menteri seperti Najib Razak.

Bagusnya Barisan Nasional jatuh, kita boleh nampak ramai ahli politik yang tak berguna. Yang mahu berebut kuasa dan duit. Sanggup berbuat apa sahaja asalkan jawatan dan kuasa kekal dalam genggaman.

Bagusnya Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri supaya rakyat nampak yang diamemang 𝒖𝒔𝒆𝒍𝒆𝒔𝒔 𝒑𝒊𝒆𝒄𝒆 𝒐𝒇 𝒔**𝒕. Jadi kalau DSAI ma** esok lusa tidak ada siapa yang agung² kan dia. Mungkin kena l**ah lagi ada.

Bagusnya Rafizi Ramli jadi Menteri Ekonomi yang selama ini terbukti formula dia hanyalah 𝒇𝒐𝒓𝒎𝒖𝒍𝒂 𝒔𝒆𝒎𝒃𝒂𝒏𝒈 𝒈𝒂𝒋𝒂𝒉 𝒕𝒆𝒓𝒃𝒂𝒏𝒈. Hakikatnya, dia pun tak tahu nak buat apa dan ikut telunjuk IMF. 

Biarlah jasa² Najib Razak disebut² sehingga ke anak cucu kita terutamanya dalam polisi ekonomi (Najibnomics) beliau. 

Terbukti selepas era Najib Razak tidak ada apa pun penambahbaikkan terutamanya dalam hidup rakyat. Kos sara hidup tidaklah semakin murah seperti yang dicanang-canangkan, harga barang semakin hari semakin mahal, ekonomi domestik tidaklah kukuh mana. Semakin hari rakyat semakin ditekan oleh polisi yang tidak pro rakyat.

Bila DSN keluar dan dibebaskan dari penjara aku nak tengok dia habiskan masa dengan keluarga dia. Tak perlu nak masuk kembali ke dunia politik kejam yang telah menjatuhkan beliau. 

Biarlah Malaysia ni nak lingkup. Pengajaran buat semua. Kita sama-sama rasa.

Just another blog, another thoughts

Gambar dari Uncle Google

Selamat Datang ke Blog Politik Sosial Saya

Ini adalah blog khusus untuk saya berkongsi entri yang berkaitan dengan isu-isu sosial dan politik. Setiap kali ada perkara yang ingin saya ulas atau lontarkan pendapat, saya akan tulis di sini.

Saya sengaja tidak mencampurkan kandungan di sini dengan blog peribadi saya kerana blog peribadi itu sudah terlalu padat dengan pelbagai jenis entri. Saya sendiri pun rasa serabut bila tengok. Jadi, blog ini diwujudkan khas untuk memisahkan kandungan sosial politik daripada hal-hal peribadi.

Blog ini bermula dengan inisiatif Sedar Malaysia. Akaun ini, SZO Official, adalah platform rasmi untuk aktiviti dan pandangan sosial politik saya, Siti Zulaikha Olivia, atau lebih dikenali sebagai Mak Iban Olivia. Saya aktif berkhidmat kepada masyarakat melalui NGO, kini sebagai Timbalan Sedar Malaysia, Setiausaha AWAKE Malaysia, dan turut menjadi sebahagian daripada pasukan Penggerak Demi Negara.

Saya mula menulis blog sejak tahun 2008 melalui blog peribadi saya, Life is Complicated. Kalau anda nak baca kisah-kisah peribadi atau perjalanan hidup saya, silakan ke sana. Kalau niat anda nak gunakan apa yang saya tulis di blog peribadi untuk menyerang saya, teruskan saja. Saya tidak gentar dengan media sosial — saya sudah lama berada dalam dunia ini.

Saya tidak ada apa-apa untuk disembunyikan, tidak seperti sesetengah cybertrooper atau ahli politik.

Kalau anda kenal saya di dunia maya, begitulah juga saya di dunia nyata.

Apa yang saya tulis di sini adalah pandangan dan pendapat saya sendiri. Kadangkala saya juga akan berkongsi pandangan orang lain yang sehaluan dengan saya. Sekiranya ada pihak yang ingin memutarbelitkan atau menularkan apa yang saya tulis di sini, saya tidak bertanggungjawab atas tindakan mereka.

Sekian.