Pages

Mereka Tak Akan Pernah Lupa, Kita Tak Pernah Berhenti

Komuniti Terpinggir yang pernah kita bantu, tak pernah lupakan team kita. 

Setiap kali kita call bertanya khabar mesti mereka akan ucap terima kasih. Ada yang beritahu kita perkembangan hidup mereka. Ada yang pernah diberi modal perniagaan kongsi kejayaan kecil mereka. Ada yang dah dapat bantuan dari zakat atau baitulmal hidup mereka lebih baik. Lebih terurus. Boleh bekerja.

Apa kepuasan yang kita dapat?

Kita rasa puas dan gembira bila orang yang kita pernah tolong hidup mereka jadi lebih baik.  
Aktivis² (bukan kami) yang banyak buat kerja dengan Komuniti Terpinggir juga takkan akan bersetuju dengan cara dan layanan hina terhadap komuniti ini. Sebab para aktivis ni pun tahu kenapa ramainya dari mereka menjadi gelandangan. Hidup tanpa tujuan. 

Mereka bertanya, bercerita, mendengar luahan komuniti ini. Bukan hanya sekadar memberi makanan kepada beberapa orang dan kita terus hukum kata mereka ni malas dan tak layak dibantu. 

Itu belum lagi berdepan dengan OKU. 

Berdoalah supaya suatu hari nanti kita tidak akan menjadi sebahagian dari gelandangan dan Komuniti Terpinggir. Yang sentiasa berdepan dengan stigma masyarakat. Tidak dihina oleh masyarakat. Tak dilabel sebagai malas, penagih dadah, atau beban sosial, yang membawa kepada diskriminasi dan pengabaian.

📸 Masjid Jamek, Jelajah Lorong 3, 2025

Lumrah Manusia

Lumrah manusia... 

Apabila ditimpa kesusahan dia sangat resah gelisah. 

Bantu bila diperlukan. 

Berhenti jika tidak diperlukan. 

Kita bukan orang baik. Tapi hanya Allah Yang tahu niat kita. 

Setiap dari apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya. 

Allah mahu kita sedar lebih ramai yang perlu dibantu. 

Stop and keep moving forward. 

Kebaikan yang kita tabur tidak hanya akan kembali kepada kita, tetapi juga akan mengubah keadaan kita menjadi lebih baik. 🩷


https://www.facebook.com/share/p/1BnJVhckFE/

Asal usul tidak menentukan langkah

Separuh dari team Demi Negara adalah dari asnaf, miskin bandar dan komuniti terpinggir.

Mereka faham bagaimana rasanya hidup terpinggir di jalanan, tak berduit, dipandang rendah dan disisih oleh masyarakat. 

Kemudian dikata malas sebab tu miskin dan tak maju dalam kehidupan.

Ketahuilah, setiap mereka yang hidup terpinggir punya kisah tersendiri. Jangan kita memandang hina. 

Melalui Projek Komuniti Kita, mereka bukan sekadar membantu tetapi membuktikan bahawa setiap dari kita, walau dari mana pun asalnya, mampu bangkit semula jika kita "jatuh" dan memberi makna kepada perjuangan demi masyarakat. 

📸 Jelajah Lorong 4, 2025